Wednesday, January 16, 2013

Keterangan produk dalam set bersalin tropical herbs



UNTUK DIMAKAN


1) Teh Herba :

  • Diambil sebagai tonik untuk mencergaskan semula ibu baru.
  • Membantu membersihkan darah beku daripada rahim dan mempercepatkan penyembuhan jahitan.
  • Herba antiradang membantu merawat tisu yang radang dalam badan terutamanya di kawasan rahim dan vagina.
  • Menguatkan badan dan meningkatkan peredaran darah ibu baru.


Arahan : 
  • Di ambil mulai harike-5 selepas bersalin.
  • Minum dua kali sehari dengan hidangan selama 5 hari.
  • Rendam 1 uncang ke dalam air panas selama 5 minit. Minum semasa teh masih panas. Camourkan dengan satu sudu teh madu jika mahu.



2) Pil Lepas Bersalin 1 :




  • Memulihkan tenaga & menggalakkan laktasi
  • Membantu ibu-ibu yang menyusui memulihkan tenaga dan menggalakkan pengeluaran susu ibu.

Arahan : 
  • Untuk diambil selama 15 hari, mulai hari ke-10 selepas bersalin.
  • 2 kapsul diambil dua kali sehari selepas makan. elok diambil pada waktu pagi dan malam.



3) Pil Lepas Bersalin 2 : 



  • Membantu ibu baru memulihkan susuk badan asalnya secara luaran dan dalaman sambil terus menyusui bayi.
  • Membantu mengecutkan tisu rahim dan otot vagina.
  • Herba-herba mempunyai kesan diuretik, yang membantu mengurangkan cecair berlebihan 
  • Merangsang rembesan susu.

Arahan :
  • Untuk diambil selama 20 hari, mulai hari ke-25 selepas bersalin.
  • Untuk diambil selepas menghabiskan produk Lepas Bersalin 1.
  • 2 kapsul diambil dua kali sehari selepas makan. Elok diambil pada wajtu pagi dan petang.

UNTUK KEGUNAAN LUARAN


4) Herba pembersih wanita : 

  • Mengekalkan kawasan vagina agar bersih dan mencegah jangkitan
  • Herba Pembersih Wanita diperbuat daripada campuran herba yang beraroma yang telah lama diiktiraf untuk menggiat semula, mengurangkan radang dan menyahbau badan terutamanya di kawasan vagina.
  • Mengandungi herba yang mengandungi minyak pati yang tinggi untuk memberi kelegaan segera pada ketidakselesaan vagina (akibat jahitan dan radang).
  • Herba yang tinggi kandungan taninnya juga digunakan untuk mengecutkan tisu vagina dan mempercepatkan proses penyembuhan.
Arahan : 
  • Guna produk serta merta selepas nersalin selama 20 hari. 
  • Guna herba pembersih ini dua kali sehari. 
Cara membuat larutan herba :
  • Rendam satu uncang dalam air panas 500 ml selama 10 minit atau untuk larutan yang lebih kuat didihkan satu uncang dalam 1 liter air selama 15 mint.
  • Biar larutan sejuk sehingga suam sebelum menggunanya atau tuang ekstrak yang panas ke dalam besen bulat dan campurkannya dengan 1 liter air.
  • Letakkan besen dalam bingkai mangkuk tandas dan duduk dalam larutan itu, rendamkan vagina.
  • Setiap uncang boleh diguna dua kali.


5) Herba Mandian :


  • Menyegar, mencergas dan memberi tenaga semula.
  • Dibuat daripada campuran herba tropika untuk menyegar, mencergaskan dan memberi tenaga semula kepada tubuh daripada kepala ke hujung kaki.
  • Herba dipilih kerana harumannya, kandungan minyak perlunya dan ciri-cirinya yang merehatkan, antikeradangan, antifungus, antibakteria dan merangsang.
  • Herba-herba antikeradangan seperti Tumeric domestica dan Curcuma xanthorriza adalah termasuk untuk membantu melegakan masalah kulit yang sedikit seperti gatal-gatal dan ruam.
  • Mandi dengan Herba Mandian akan membantu melegakan otot yang letih dan sakit.
Arahan : 

  • Boleh digunakan dari hari ke-4 selepas bersalin selama 20 hari.

Cara menyedia :
  • Didihkan satu uncang dalam 2 liter air selama 20 minit.
  • Tuang ekstrak ke dalam baldi dan masukkan air sehingga anda mendapat larutan yang suam.
  • Guna sebagai air mandian. 

6) Campuran Penghangat Badan : 


  • Menghangatkan badan, terutamanya tangan dan kaki
  • Mempunyai kesan yang menghangat dan keupayaan untuk menggalakkan aliran darah ke kulit.
  • Diguna untuk melegakan masalah pembendungan air dan sedikit masalah kulit seperti ruam. Juga diguna untuk melegakan gatal-gatal.
Arahan : 

  • Boleh diguna mulai hari ke-4 selepas bersalin selama 15 hari. 
  • Guna selepas berurut dan membengkung bahagian perut. 
  • Jika tidak berurut atau mengguna bengkung, ia boleh diguna bila-bila masa.

Cara menyedia :
  • Masukkan 4 sudu besar air panas ke dalam satu paket serbuk dan campur agar menjadi pes.
  • Sapu ke seluruh badan kecuali muka, perut dan kawasan vagina.
  • Biar kering atau seeloknya selama dua hingga tiga jam sebelum membersihkannya.

7) Campuran Peramping Perut :


  • Memejal dan menguatkan otot-otot dan tisu-tisu abdomen. Untuk mengetatkan bahagian perut, yang boleh menjadi menggelebeh selepas bersalin.
  • Campuran herba yang dirumus khas dengan tanah liat dan pelbagai jenis herba, dan jus limau nipis untuk membantu memejalkan kulit perut yang kembang akibat kehamilan.
  • Juga membantu menghilangkan parut atau tompok hitam yang biasanya muncul di kawasan perut apabila ia mengecut.
Arahan : 

  • Boleh diguna mulai hari ke-4 selepas bersalin selama 20 hari.
  • Untuk hasil yang lebih berkesan, guna bengkung. 
  • Seeloknya guna selepas mandi dan berurut. 

Awas!!! Jangan guna jika bayi dilahirkan melalui pembedahan.

Cara menyedia:
  • Masukkan 4 sudu kecil air panas ke dalam satu paket serbuk dan gaul hingga menjadi pes.
  • Sapu pes dengan sekata pada kawasan perut dan tutup dengan kain nipis.
  • Gunakan bengkung untuk hasil yang lebih baik.
  • Pakai bengkung sekurang kurangnya setengah hari.
  • Guna seelok eloknya selepas mandi.
  • Bersihkan pes selepas membuka bengkung.

8) Campuran Penenang : 




  • Menenang dan menyamankan dahi
  • Dibancuh dengan herba untuk kesan yang menenang pada dahi.
  • Amat berguna kepada ibu-ibu yang mudah mendapat sakit kepala akibat kurang tidur dan letih menjalani tempoh pantang dan bayi baru lahir
Arahan : 

  • Boleh diguna mulai hari ke-4 selepas bersalin selama 15 hari.
  • Tampal pada dahi, elakkan kawasan mata.
  • Seelok eloknya dipakai selama 1 jam.

Cara menyedia :
  • Masukkan satu sudu kecil air panas ke dalam satu paket serbuk dan campurkannya menjadi pes yang pekat.
  • Sapu pada dahi.
  • Biarkannya sehingga kering atau seeloknya satu jam sebelum mencucinya.

9) Minyak Urut Herba : 




  • Menyingkirkan angin dan merehatkan badan
  • Untuk membantu ibu baru merehatkan diri, meningkatkan peredaran darah dan membuang angin.
  • Pengurutan adalah sebahagian daripada penjagaan selepas bersalin untuk ibu baru. Ia dilakukan untuk menyingkirkan angin, merangsang peredaran darah, menghangatkan badan dan juga membantu ibu merehatkan diri.
  • Dirumus dengan ekstrak herba yang mempunyai tindakan antibakteria, antiradang dan antifungus.
Arahan : 

  • Boleh diguna mulai hari ke-4 selepas bersalin. 
  • Guna dua kali sehari, seeloknya selepas mandi. 
  • Tuang minyak ke tapak tangan dan gosokkan untuk memanaskan minyak sebelum diurut pada badan.


Catatan : Elakkan minyak daripada terkena pakaian kerana tanda boleh wujud akibat warna semula jadi herba.

10) Minyak Bayi : (mendapat sambutan yang menggalakkan)




  • Melegakan angin dan kembung.
  • Beri yang terbaik kepada bayi anda.
  • Tidak mengandungi mentol dan metal salisilat, dan selamat diguna pada bayi.
  • Berguna untuk mengekalkan peredaran darah yang sihat pada kulit.
  • Membantu mengurangkan kembung di kawasan perut.
  • Menyamankan kulit bayi.
  • Mempunyai ciri-ciri antibakteria, antifungus dan antiradang.
Arahan : 

  • Boleh diguna mulai hari ke-7 untuk bayi. 
  • Tuang minyak pada tapak tangan dan gosokkan kedua-duanya untuk memanaskan minyak sebelum mengurut perlahan-lahan pada perut bayi. 
  • Sapu setiap pagi dan malam selepas mandi.

Awas!!! Elakkan minyak daripada terkena mata dan bahagian sulit bayi. Elakkan terkena pada pakaian kerana ia boleh mengotorkan akibat warna semula jadi herba.
Harga: RM265 POSTAGE FREE :)



kalau berminat, tinggalkan komen anda atau

email : amway_tropicalherbs@yahoo.com

3 comments:

``~Masliza Ali ~`` said...

brapa harga 1 set termasuk kos penghantaran.?

``~Masliza Ali ~`` said...
This comment has been removed by the author.
Nurul said...
This comment has been removed by the author.